Program Senam Sihat Madani Merdeka 2026

31 Ogos 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 30 Ogos 2026 yang lalu, program Senam Sihat Madani Merdeka telah dilaksanakan sempena sambutan 20 tahun NADI dengan jayanya. Program ini bertujuan menggalakkan amalan gaya hidup sihat serta meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan menjaga kesihatan melalui aktiviti fizikal. Program ini juga diadakan serentak di seluruh NADI Malaysia. Selain itu, program ini disertai oleh komuniti setempat dalam suasana yang meriah, ceria dan penuh semangat disamping mengeratkan hubungan silaturrahim antara peserta.

Disamping itu, saringan kesihatan seperti periksa tekanan darah dan gula juga diadakan. Secara keseluruhannya, program ini mendapat sambutan yang baik dan diharapkan dapat memupuk budaya hidup sihat serta menggalakkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti kemasyarakatan pada masa akan datang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali